Jelajah Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza
oleh Azmi Mamat pada 27 Jul 2010
Kedai Buku Popular dengan kerjasama PTS Millennia Sdn. Bhd. akan menganjurkan program "Jelajah Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza" bermula daripada 24 Julai ini. Program ini bertujuan untuk memberikan ruang kepada peminat-peminat Chef Hanieliza secara khusus ataupun individu yang minat bidang masakan untuk lebih mengenali Chef Hanieliza dan resipi-resipi masakannya yang istimewa. Chef Hanieliza akan dibawa ke kedai buku popular yang terpilih khusus untuk mengadakan demo masakan dan secara tidak langsung beramah mesra dengan peminat-peminat. Jadual lengkap jelajah ini adalah seperti berikut:
EDISI SENTRAL: JELAJAH SENANGNYA MEMASAK BERSAMA CHEF HANIELIZA
Demo Memasak Bersama Chef HanielizaTarikh: 24 Julai 2010 (Sabtu)Masa: 3.00 - 5.00 petangTempat: Popular, Ikano Power CentrePenulis: Chef HanielizaBuku: Siri Senangnya Memasak & 1 Hari 1 Resipi: Menu Istimewa Chef Hanieliza
Demo Memasak Bersama Chef HanielizaTarikh: 25 Julai 2010 (Ahad)Masa: 3.00 - 5.00 petangTempat: Popular, Sunway PyramidPenulis: Chef HanielizaBuku: Siri Senangnya Memasak & 1 Hari 1 Resipi: Menu Istimewa Chef Hanieliza
EDISI PANTAI TIMUR: JELAJAH SENANGNYA MEMASAK BERSAMA CHEF HANIELIZA
Demo Memasak Bersama Chef HanielizaTarikh: 30 Julai 2010 (Jumaat)Masa: 3.00 - 5.00 petangTempat: Popular, KB Mall, Kota BharuPenulis: Chef HanielizaBuku: Siri Senangnya Memasak & 1 Hari 1 Resipi: Menu Istimewa Chef Hanieliza
Demo Memasak Bersama Chef HanielizaTarikh: 31 Julai 2010 (Sabtu)Masa: 3.00 - 5.00 petangTempat: Popular, Kuantan Mega MallPenulis: Chef HanielizaBuku: Siri Senangnya Memasak & 1 Hari 1 Resipi: Menu Istimewa Chef Hanieliza
Demo Memasak Bersama Chef HanielizaTarikh: 6 Ogos 2010 (Jumaat)Masa: 3.00 - 5.00 petangTempat: Popular, Terengganu Mesra Mall, KertehPenulis: Chef HanielizaBuku: Siri Senangnya Memasak & 1 Hari 1 Resipi: Menu Istimewa Chef Hanieliza
Semua peminat-peminat Chef Hanieliza dijemput untuk memeriahkan jelajah ini di tempat masing-masing.
Datang, jangan tidak datang.
Dapatkan Buku Agama Berkualiti Terbitan PTS M
oleh Ikram pada 12 Apr 2010
Bulan April adalah antara bulan yang sukar bagi penerbit. Ia adalah bulan-bulan yang mana jualan buku di kedai buku rangkaian akan terjejas terus oleh faktor return. Ini sudah diperjelaskan panjang oleh Chairman PTS di http://www.universitipts.com.
Untuk itu, Jabatan Pemasaran PTS mengambil inisiatif untuk melancarkan promosi bagi buku-buku dalam kategori buku agama sepanjang bulan April.
Justeru, kepada khalayak pembaca dan peminat buku PTS, dapatkanlah buku-buku ini di kedai-kedai buku yang terdekat dengan anda.
Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah
oleh Azmi Mamat pada 20 Aug 2009

Buku ini baru sahaja diterbitkan namun tidak sampai seminggu, ia sudah diulang cetak. Laporan yang diterima daripada Jabatan Jualan, buku ini mendapat sambutan hangat di kedai-kedai buku. Sebahagian kedai buku yang baru sahaja menerima tempahan buku ini sudah mula membuat tempahan baru. jumlahnya pula bukan sedikit, tidak kurang daripada 100 naskhah bagi setiap kedai buku.
Apakah faktor yang menyumbang kepada penerimaan luar biasa ini? Analisis kami, ia adalah disebabkan faktor sensasi yang digunakan pada buku serta kesesuaian buku ini dengan isu hangat yang berlaku sekarang. Semua orang bercakap mengenai beliau. Obama, lelaki berkulit hitam pertama yang berjaya menakluk rumah putih. Lelaki yang penuh misteri. Identiti keislamannya, gaya pemikirannya serta gagasan dan visinya kepada dunia dipenuhi dengan unsur misteri. Ini secara tidak langsung membangkitkan perasaan ingin tahu masyarakat kepada tokoh ini. Kesannya, sambutan luar biasa kepada buku mengenai beliau ini. Jika dilihat kepada senarai buku terlaris di pasaran dunia juga ada kelibat buku ini.
Khusus kepada para pembaca yang belum mendapatkannya. Jangan lepaskan peluang menyertai kelompok pembeli buku ini. Tidak rugi memilikinya.
Hasil Perkongsian :
Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan



Komen pengunjung: